Thursday, 18 June 2015

Fathia jadi pelacur?

'Darah Panas' Fathia Pegang Watak Pelacur ?

Ada lagi cerita gangster + pelacur keluar dipawagam, barisan pelakon semuanya hebat-hebat. Tengok trailer bukan main aksi ganas lagi. Filem ini untuk tontonan 18 keatas ok! Ada la babak yang panas gitu, nama pun pelacur.

Dahsyat betullah!

 

Ada babak membayangkan seolah-olah aktres, Nur Fathia Abdul Latiff tanpa seurat benang dalam filem terbaharu berjudul Darah Panas arahan Arjin Uppal.

Tentunya keberanian Fathia melakonkan watak pelacur bernama Syahana bakal menggemparkan industri perfileman Melayu, namun jangan cepat menjatuhkan hukum kerana ia hanyalah ‘camera trick’ sedangkan Fathia masih berpakaian rona ‘nude’.

Sehangat judul filem Darah Panas, begitulah beberapa adegan yang dipaparkan dalam filem kelima terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu. Filem yang mendapat klasifikasi 18 itu bukan hanya membara dengan adegan panas Fathia, ditambah pula karakter tiga aktor hebat, Sharnaaz Ahmad, Soffi Jikan dan Adam Corrie.

Sumber : http://www.budiey.com/nur-fathia ... -filem-darah-panas/

Sinopsis
Mengisahkan Syahana, seorang gadis yang berpegang pada agama, namun bercita-cita menjadi seorang model muslimah kerana terpengaruh dengan video di laman sosial. Syahana berkenalan dengan Fandi melalui laman sosial dan meminta bantuan Fandi bagi mencapai cita-citanya. Syahana menyatakan hasrat kepada keluarganya, namun ditentang ayah dan abangnya. Syahana tetap mahu meneruskan cita-citanya, lalu mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur. Setibanya di ibu kota, Fandi membawa Syahana ke dunia pelacuran. Syahana tidak sangka nasibnya jadi begitu. Cicak, ketua rumah pelacuran turut terbabit dalam sindiket dadah. Cicak membeli Syahana daripada Fandi. Adi bekerja di bawah Kumpulan Cicak, namun dia seorang yang menghormati wanita Islam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...